Samsung Akan Mengumumkan Punca Letupan Note 7 Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi

Samsung Akan Mengumumkan Punca Letupan Note 7 Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Masalah letupan pada Samsung Galaxy Note 7 pada awalnya dikatakan berpunca daripada kesilapan penghasilan bateri oleh Samsung SDI. Jutaan peranti kemudian ditarik dari pasaran dengan peranti gantian menggunakan bateri dari pengeluar lain. Malang buat mereka masalah letupan terus berlaku dan memaksa mereka menghentikan terus jualan Note 7.

Samsung hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi yang menegaskan mereka masih sedang melalukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar masalah ini. Maklumat berkenaan punca sebenar letupan akan dikongsi dalam minggu-minggu akan mendatang. Terdapat laporan mengatakan Samsung masih belum berupaya untuk menghasilkan letupan yang sama di dalam ujian makmal yang sedang dilakukan.

Antara spekulasi awal ialah rekaan kompak Note 7 menghasilkan tekanan pada bahagian bucu bateri. Oleh sebab itulah penukaran bateri kepada pengeluar baru masih menyebabkan masalah lama berulang.

 


TIPS & ULASAN