Majoriti Pengguna Galaxy Note 7 Korea Selatan Memilih Untuk Berpindah Ke Galaxy S7

Majoriti Pengguna Galaxy Note 7 Korea Selatan Memilih Untuk Berpindah Ke Galaxy S7

Diterbitkan pada Okt 19, 2016 oleh .

Apple diramalkan akan menerima peningkatan jualan 8 Juta peranti iPhone 7 selepas penarikan semula Samsung Galaxy Note 7 dari pasaran. Tetapi menurut penganalisa Atlas Research & Consulting, majoriti pengguna phablet ini memilih untuk setia bersama Samsung dan memilih Galaxy S7 dan S7 Edge. Di Korea Selatan S7 menjadi peranti paling laku jualannya dari 6 sehingga 12 Oktober yang lalu. Secara purata sebanyak 15000 unit S7 terjual di Korea Selatan setiap hari.

Samsung-Galaxy-S7-Edge-IMG_20160321_141841

Ini adalah jualan yang tinggi bagi sebuah peranti yang sudah berusia enam bulan yang menerima saingan dari peranti lebih baru. Faktor kesetiaan kepada jenama dan iPhone 7 hanya akan mula dijual 21 Oktober di Korea Selatan menyumbang kepada kepopularan S7. Jualan peranti Samsung mungkin akan terkesan sebaik sahaja iPhone 7 dan 7 Plus terjual kelak.

Pada waktu yang sama, Waze 7 sebuah lagi firma penganalisa menjangka sehingga 30% mantan pengguna Note 7 akan melompat ke platform iOS. Selain iPhone 7, LG V20 juga dapat menangguk di air yang keruh atas nasib Note 7 kerana ia akan mula dijual bermula 28 Oktober ini. Adakah anda masih mempunyai masalah memilih peranti gantian? Sila baca artikel 7 Peranti Alternatif Note 7 yang kami sediakan sebelum ini untuk mengecilkan skop pencarian.

Artikel – 7 Peranti Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7


TIPS & ULASAN