Samsung Galaxy On NXT Dilancarkan – Tubuh Logam Sepenuhnya

Samsung Galaxy On NXT Dilancarkan – Tubuh Logam Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 21, 2016 oleh .

Samsung Galaxy On NXT dilancarkan secara rasmi di India semalam. Peranti ini mempunyai tubuh yang diperbuat sepenuhnya daripada logam. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Exynos 7870, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Terdapat sokongan kad MikroSD sehingga 256 Gigabyte.

samsung-galaxy-on-nxt-2

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/1.9 dan kamera selfie 8-Megapixel f/1.9. Sebuah bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti Android Marshmallow ini. Terdapat sokongan dwi-SIM bersaiz nano dengan slot tidak berkongsi dengan kad MikroSD. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang home pada bahagian dagu peranti. Di atas kertas On NXT ialah peranti yang sama dengan Galaxy J7 Prime yang dilancarkan di Malaysia bulan lalu. Harga jualannya pula ialah ₹ 18490 (~RM 1156) sebuah.


TIPS & ULASAN