Carian
Hanya 10000 Xiaomi Mi Mix Boleh Dihasilkan Sebulan
October 28, 2016 Effi Saharudin

Apabila diumumkan Isnin lalu, Xiaomi Mi Mix mengejutkan dunia kerana mempunyai skrin hampir tanpa bezel serta kerangka yang diperbuat daripada seramik. Rekaannya yang unik membuatkannya kelihatan seperti peranti dari masa hadapan. Bagi yang ingin memilikinya di luar China, berita buruk ialah Xiaomi tidak mempunyai perancangan untuk menjualnya di pasaran lain buat masa ini. Jadi apakah sebab mengapa Mi Mix mungkin tidak akan dapat anda miliki?

Xiaomi Mi MixJawapannya ialah kerana kesukaran menghasilkan komponen pada jumlah yang besar. Kerangka seramik yang digunakan memang kelihatan cantik tetapi mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Akibatnya menurut pendapat penganalisa IHS Markit, hanya sekitar 10 000 Mi Mix dapat dihasilkan sebulan. Ini ialah jumlah yang terlalu kecil untuk sebuah peranti yang ingin dipasarkan secara besar-besaran. Ini juga kemungkinan besar mengapa Mi Mix dikatakan adalah sebuah peranti konsep buat masa ini. Selagi proses penghasilan kerangka seramik Mi Mix tidak dapat dipertingkatkan, selagi itulah bahan premium ini tidak akan digunakan secara meluas pada peranti pintar dalam masa terdekat

Komen