Apple mengemaskini MacBook Pro dengan rekaan serta spesifikasi baru. Seperti yang mereka lakukan pada MacBook tahun lalu, rekaan terkini menggantikan kesemua sambungan MagSafe, Thunderbolt, USB-A dan HDMI kepada USB-C sahaja. Pada model paling asas hanya terdapat 2 port USB-C. Sekiranya anda berhijrah ke model terkini anda tidak perlu risau aksesori sedia ada tidak lagi sesuai digunakan. Apple sudah mula menjual beberapa penyesuai rasmi keluaran mereka.
Penyesuai USB-C ke USB-A boleh anda miliki pada harga RM 89 sebuah. Penyesuai USB-C ke Thunderbolt 2 pula dijula pada harga RM 229. Kepada yang memerlukan sambungan kabel HDMI, penyesuai ini turut mereka hasilkan pada harga RM 329. Penyesuai yang terakhir ini memberikan nilai terbaik kerana turut mempunyai satu port USB-C dan USB-A tambahan. Apple memang sering memikirkan tentang pengguna mereka dan penyesuai-penyesuai ini akan memudahkan penghijrahan anda dari model MacBook lama ke model terkini.