Cari @ Amanz

RedmartPada minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus berkaitan Lazada yang dalam perbincangan untuk mengambil-alih salah satu laman e-dagang yang memfokuskan barangan runcit. Hari ini, akhirnya perkara tersebut disahkan secara rasmi, dimana Lazada telah pun mengambil-alih Redmart.

Walaupun diambil-alih, Redmart akan terus beroperasi secara bebas di Singapura. Pengambil-alihan ini akan membantu pihak Redmart dari segi kewangan, selain memudahkan mereka memperluaskan perkhidmatan ke negara-negara lain seperti Lazada. Buat masa ini, Redmart hanya beroperasi di Singapura sahaja.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak, tetapi dikatakan berkemungkinan sekitar $40 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd