Apple Watch ialah jam tangan pintar yang paling laku di pasaran sekarang. Ia memegang 41.3% pasaran jam tangan pintar pada suku ke-tiga 2016. Harus diakui Apple Watch mempunyai pelbagai fungsi menarik namun ia masih mempunyai beberapa kekurangan. Antara fungsi yang tidak disertakan ialah kamera. Dengan CMRA, Apple Watch kini boleh dilengkapi dengan dua kamera.
CMRA ialah tali jam yang direka khas untuk Apple Watch. Kamera utama ialah sebesar 8-Megapixel manakala sebuah lagi kamera 2-Megapixel boleh digunakan untuk mengambil selfie ataupun panggilan Facetime. Storan tambahan 8 Gigabyte disertakan. Ia turut dilengkapi bateri yang membolehkan ia merakam video selama 30 minit atau mengambil beberapa ratus keping gambar. Tali jam ini dijual pada harga bermula $149 (~RM 628) seutas.