Carian
Apple Mengurangkan Harga Jualan Penyesuai MacBook Selepas Menerima Reaksi Negatif
November 5, 2016 Effi Saharudin

Selepas MacBook Pro baru dilancarkan dua minggu lalu ramai peminat Apple mengeluh kerana ia hanya disertakan dengan port USB-C. Alasan yang diberikan oleh Apple ialah teknologi lama harus digantikan dengan teknologi lebih terkini. Pembaca kad SD misalnya “rumit untuk digunakan” sedangkan sudah wujud pemindahan data dari kamera secara tanpa wayar. Penyesuai rasmi yang dijual oleh mereka pula dijual pada harga yang agak mahal.

penyesuai-usb-c-apple

Selepas menerima pelbagai reaksi negatif, Apple hari ini mengurangkan harga jualan kesemua penyesuai mereka. Harga jualannya kini bermula dari RM49 dan bukan lagi RM89 seperti yang kami laporkan dua minggu yang lalu. Seperti yang anda boleh lihat di bawah, pengurangan harga yang dilakukan adalah amat drastik dan kurang memberi kesan kepada dompet pengguna. Terima kasih Apple kerana keprihatinan ini.

apple-penyesuai-macbook

Komen