(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Bakal Hadir Dengan Skrin 5.7″ dan 6.2″

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Bakal Hadir Dengan Skrin 5.7″ dan 6.2″

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun yang mungkin ingin dilupakan oleh Samsung. Masalah Galaxy Note 7 bukan sahaja menjatuhkan nama baik syarikat tetapi mengakibatkan kerugian berbillion dollar. Dengan Galaxy S8, Samsung akan cuba mendapatkan semula kepercayaan pengguna dan memperbaiki imej syarikat. Kini kedengaran peranti ini mungkin akan hadir dengan dua saiz skrin berbeza.

thumb-note-7-s7-edge

Model biasa akan mempunyai skrin 5.7″ manakala model Plus pula dengan skrin 6.2″. Sungguhpun skrin adalah lebih besar, saiz fizikal peranti dikatakan bakal dikekalkan. Ini dilakukan dengan menggunakan teknologi skrin tanpa bazel seperti yang dilihat pada Xioami Mi Mix. Penggunaan skrin lebih besar ini adalah bagi menarik pengguna yang mahukan peranti Note 7 tetapi terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Sejauh manakah kebenaran ura-ura hanya akan diketahui di tahun hadapan. Adakah anda berminat dengan sebuah Galaxy S8 dengan skrin lebih besar?


TIPS & ULASAN