Aplikasi YouTube VR Untuk Google Daydream Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi YouTube VR Untuk Google Daydream Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun ledakan peranti realiti maya. Oculus Rift, HTC Vive, Samsung Gear VR dan PlayStation VR mula dijual kepada umum. Google tidak mahu ketinggalan dan menghasilkan Google Daydream View. Bagi menyokong peranti realiti maya ini, aplikasi YouTube VR kini boleh dimuat turun.

youtube-vr-1Dengan YouTube VR, pengguna dalam menonton video 360 darjah dengan lebih mendalam. Pada waktu yang sama terdapat juga mod teater untuk menonton video seperti di atas skrin gergasi. Rekan antaramuka YouTube dikemas kini agar mesra realiti maya. Buat masa ini hanya pemilik Google Pixel dan Daydream View boleh menggunakan aplikasi ini.

Muat turun aplikasi YouTube VR dari Google Play Store


TIPS & ULASAN