Blackberry masih belum mahu mengangkat bendera putih. Mereka berhenti dari pengeluaran peranti sendiri dan kini melesenkan pengeluaran kepada syarikat lain. Dengan Blackberry DTEK60 mereka menghasilkan peranti utama dengan spesifikasi tinggi yang mampu menyaingi pesaing di pasaran. Peranti ini akhirnya memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM 2388.
Peranti bersaiz 5.5-inci ini dilengkapi dengan skrin QHD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 21-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas.
Tempahan boleh dilakukan mulai hari ini dan peranti akan diterima pada 14 November hadapan. Setiap pembelian akan menerima jaminan selama 12 bulan oleh Brightstar. Kepada yang kecewa dengan Blakcberry DTEK50, spesifikasi lebih tinggi DTEK60 ialah peranti Blackberry yang anda nantikan.