Vivo V5 Dilancarkan Dengan Kamera Hadapan 20 Megapixel

Vivo V5 Dilancarkan Dengan Kamera Hadapan 20 Megapixel

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Tahun 2016 semakin menghampiri penghujungnya tetapi kepopularan mengambil gambar selfie masih belum menunjukkan bakal surut. Oleh itu peranti yang mementingkan selfie juga semakin popular dengan Oppo F1 Plus antara yang menjadi pilihan. Vivo turut menghasilkan peranti yang menekankan selfie dengan pelancaran Vivo V5 di india hari ini.

vivo-v5-2

Peranti ini dilengkapi kamera hadapan sebesar 20-Megapixel f/2.0. Spesifikasi lain ialah skrin 5.5 IPS LCD HD, pemproses MediaTek MT6750 , RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera belakang V5 ialah sebesar 13-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3000 mAh digunakan sebagai sumber kuasa. Di India ia dijual pada harga  ₹17,980 (~RM 1151) sebuah. Pihak Vivo turut mengumumkan Vivo V5 Plus akan dilancarkan dalam masa terdekat yang dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian hadapan.


TIPS & ULASAN