Ujian Jatuhan Menunjukkan Xiaomi Mi Mix Mempunyai Binaan Yang Kurang Tahan Lasak

Ujian Jatuhan Menunjukkan Xiaomi Mi Mix Mempunyai Binaan Yang Kurang Tahan Lasak

Diterbitkan pada November 18, 2016 oleh .

Xiaomi Mi Mix ialah peranti konsep yang dizahirkan menjadi realiti oleh Xiaomi. Inovasi yang diperlihatkan ialah binaan kerangka seramik dan skrin tanpa bazel yang mengambil 94% ruang hadapan peranti. Penggunaan bahan seramik menjadikannya peranti yang sukar untuk dicalarkan. Tetapi bagaimana pula tahan ketahanannya apabila terjatuh.

Video oleh JerryRigsEverything di atas menjawab persoalan ini. Dalam ujian jatuhan dari ketinggian 60 cm, kerangka Mi Mix menunjukkan kerosakan yang serius. Skrin pula retak memanjang yang biasanya dilihat pada peranti lain yang terjatuh dari paras yang lebih tinggi. Ini ialah sebab mengapa seramik masih belum digunakan secara meluas. Oleh sebab yang sama juga Xiaomi menyertakan kerangka kulit yang berfungsi sebagai penyerap hentakan sekiranya terjatuh.


TIPS & ULASAN