Apple Mengumumkan Program Baik-Pulih Untuk Masalah iPhone 6S Yang “Mati” Secara Sendiri

Apple Mengumumkan Program Baik-Pulih Untuk Masalah iPhone 6S Yang “Mati” Secara Sendiri

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Apple sebelum ini telah mengumumkan mengenai masalah skrin sentuh pada iPhone 6 Plus, dan menawarkan baik-pulih pada harga RM629. Selain daripada iPhone 6 Plus, nampaknya satu lagi telefon pintar Apple yang turut mempunyai masalah adalah iPhone 6S.

Terkini, Apple mengumumkan yang mana sejumlah iPhone 6S mempunyai masalah tutup atau mati (shutdown) secara sendiri. Apple mengatakan perkara ini hanya meliputi sejumlah kecil peranti yang telah dikeluarkan antara September 2015 hingga Oktober 2015 lepas.

Sebagai ganti untuknya, Apple kini menawarkan baik-pulih untuknya, dimana mereka akan menggantikan bateri untuk peranti berkenaan secara percuma. Walaubagaimanapun, Apple tidak memberikan sebarang kemudahan untuk pengguna menyemak sama ada peranti seseorang pengguna terlibat dalam program ini ataupun sebaliknya.

Sekiranya anda telah mendapatkan iPhone 6s dan mengalami masalah berkenaan, anda boleh ke pusat khidmat pelanggan Apple terdekat dan menggantikan bateri anda. Seperti biasa, pusat berkenaan akan membuat semakan dan memastikan peranti anda terlibat dalam program ini ataupun sebaliknya.

Selain, sekiranya anda telah membuat baik-pulih sendiri sebelum ini untuk iPhone 6S anda, anda boleh hubungi pihak Apple dan mendapatkan wang anda kembali – sekiranya terlibat dalam program ini.

Baca : Apple iPhone 6S Program for Unexpected Shutdown Issues


TIPS & ULASAN