Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna “Jet Black” Akan Dilancarkan Bulan Hadapan

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna “Jet Black” Akan Dilancarkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada November 22, 2016 oleh .

Samsung Galaxy S7 Edge dan S7 dilancarkan secara rasmi di MWC pada awal Februari lalu. Peranti ini kini menjadi peranti utama Samsung sepanjang 2016 kerana tiadanya model Note untuk tahun ini. Bagi mengisi permintaan pengguna, warna baru Coral Blue dilancarkan hanya bulan lalu. Kini kedengaran ura-ura Galaxy S7 Edge di Korea Selatan bakal dilancarkan bulan hadapan dengan pilihan warna baru “Black Onyx” seakan Jet Black pada Apple iPhone 7.

Samsung Galaxy S7 Edge IMG_20160321_141448

Warna Black Onyx yang ditawarkan sekarang tidak berkilat. Dengan pelancaran model dengan warna “Glossy Black” ini, peranti akan kelihatan lebih berkilat. Tidak diketahui sama ada model dengan warna baru ini turut akan dilancarkan untuk pasaran global. Sekiranya ya diharap Samsung tidak mengulangi kesilapan Apple yang memberikan kemasan Jet Black yang mudah tercalar.


TIPS & ULASAN