Huawei baru sahaja memperkenalkan cip pemprosesan Kirin 960 dan digunakan pada telefon pintar Huawei Mate 9 yang telah mula dijual sejak awal minggu ini di Malaysia. Seperti biasa, dengan pengenalan cip berkenaan, kini desas-desus mengenai cip generasi seterusnya telah mula kedengaran.
Menurut desas-desus awal, ia dikatakan Huawei mungkin menggunakan teknologi rekaan 10nm pada Kirin 970 kelak. Dengan penggunaan rekaan berkenaan, ia sekaligus membolehkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi ditawarkan, dan tenaga yang digunakan adalah lebih efisyen.
Buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja, tetapi tidak mustahil Huawei melakukannya. Apatah lagi dengan Snapdragon 835 akan datang serta cip Samsung Exynos turut akan menggunakan proses 10nm.