Gambar Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna Glossy Black Tertiris

Gambar Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Warna Glossy Black Tertiris

Diterbitkan pada November 24, 2016 oleh .

Seperti yang kami laporkan Selasa lalu. Samsung dikatakan bakal melancarkan Galaxy S7 Edge dengan warna Glossy Black.  Pilihan warna baru hitam berkilat ini ialah bagi menyaingi iPhone 7 dengan warna Jet Black. Gambar peranti dengan warna Glossy Black ini tertiris semalam.

samsung-s7-edge-glossysamsung-s7-edge-glosy-black-1

Seperti yang anda boleh lihat di atas kemasan pada S7 Edge ini adalah jauh lebih berkilat berbanding warna Black Onyx sedia ada. Butang-butang serta bingkai aluminium yang sebelum ini berwarna kelabu kini menjadi hitam berkilat sepenuhnya. Peranti kelihatan lebih seksi dengan warna baru ini. Buat masa ini peranti ini dipercayai hanya akan dilancarkan di Korea Selatan.

samsung-s7-edge-glossysamsung-s7-edge-glosy-black-3


TIPS & ULASAN