Punca Sebenar Letupan Samsung Galaxy Note 7 Dijangka Diumumkan Sebelum 2017

Punca Sebenar Letupan Samsung Galaxy Note 7 Dijangka Diumumkan Sebelum 2017

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Masalah letupan Samsung Galaxy Note 7 pada awalnya dipersalahkan ke atas bateri yang dihasilkan oleh Samsung SDI. Peranti ditarik dari pasaran pada kadar segera dan peranti selamat dengan bateri baru dikeluarkan. Malang sekali masalah berterusan dan Samsung bertindak menghentikan penjualan phablet ini secara serta merta.

Samsung-SDI-bateri-1

Sejak 11 November lalu Samsung melakukan siasatan ke atas punca sebenar epidemik letupan yang berlaku. Menurut laporan The Korea Herald, Samsung dijangka akan mengumumkan punca letupan sebelum berakhirnya 2016. Masalah Batterygate ini mendatangkan impak yang besar ke atas imej dan jualan peranti mereka. Sebanyak 4.3 Juta Note 7 ditarik semula dari pasaran dengan kerugian mencecah berbillion Dollar.


TIPS & ULASAN