Carian
AWS re:Invent 2016 – Era Mainframe Bakal Berakhir
November 30, 2016 Ikhwan Nazri

aws-reinvent2016_bluePada minggu ini acara AWS re:Invent sedang berlangsung. Acara ini merupakan perhimpunan tahunan yang diadakan oleh pihak Amazon Web Services (AWS) bagi melestarikan teknologi yang disediakan mereka, terutamanya bidang perkomputeran awan. Memulakan acara selama empat hari ini adalah James Hamilton yang merupakan Naib Presiden serta Jurutera Kehormat (Distinguished Engineer) AWS.

Beliau berkongsi mengenai pengalaman beliau dan sedikit sebanyak perkembangan AWS. Pada tahun 2015, AWS telah menjana keuntungan yang banyak, malahan dapat menampung kos mereka untuk tahun 2005. James turut menunjukkan dimana corak perniagaan sekarang yang mengikut musim, dan salah satu komponen perkhidmatan AWS iaitu EC2 (Elastic Compute Cloud) dapat berubah mengikut permintaan pengguna.

sdr sdr sdr

Rangkaian penyediaan infrastruktur AWS pula telah ditambah, sekaligus membuatkan perkhidmatan mereka sentiasa bersedia dan tidak akan gagal meskipun dilanda bencana alam. Seperti contoh jika pengguna berada di Jepun dan Jepun mengalami kejadian alam yang merosakkan pelayan (server), pengguna masih boleh melawat laman berkenaan kerana sistem AWS akan menyediakan salinan untuk pelayan tersebut, bahkan lengkap dengan fungsi-fungsi yang boleh dilakukan pada perkhidmatan tersebut.

Mungkin anda rasa kes ini tampak seperti remeh namun hakikatnya bagi perniagaan yang bergantung pada transaksi masa-nyata, apabila perkhidmatan sebegini gagal dijalankan walau setengah jam, kerugian bakal dihadapi. Malah terdapat kes dimana syarikat penerbangan ternama yang mengalami gangguan selama dua hari, membuatkan lebih dari 1,000 penerbangan dibatalkan dan dijadualkan semula. Bagi mengatasi masalah sebegini, pasukan yang diketuai James Hamilton membangunkan switchgear tersendiri dan tidak bergantung kepada switchgear yang tidak mampu menampung permintaan dan corak penggunaan AWS.

aws-james-hamilton-cyfaam_viaazq7i edf

Selain dari itu, satu lagi infrastruktur yang dibangunkan oleh mereka sendiri adalah pelayan storan awan mereka. Jika anda menggunakan AWS S3 (Simple Storage Service), mungkin pelayan storan ini yang ‘melayani’ permintaan anda. Pada tahun 2014 pelayan sebegini dapat memuatkan 880 cakera keras untuk satu rak, dan pada versi akan datang pelayan storan mereka dapat menampung sehingga 1,110 cakera keras, dan berkemungkinan dapat menyimpan sehingga 11PB (Petabyte) data.

edf

cof

Selain dari perkongsian mengenai teknologi, mereka turut berkongsi beberapa perkara menarik termasuklah perancangan mereka untuk menghasilkan kabel dasar laut yang mempunyai ketahanan yang lebih tinggi. Kini mereka sedang meletakkan kabel yang menyambungkan bandar disekitar Pasifik seperti Hawaii, New Zealand, Oregon, dan juga Australia. Kabel tersebut dijangka dapat menampung lebih banyak transmisi data diantara kawasan tersebut.

NASA Jet Propulsion Laboratory (NASA-JPL) adalah antara organisasi besar yang memanfaatkan penggunaan AWS. Dalam misi mereka meneroka alam semesta, pengimejan berkualiti tinggi dan simulasi mengenai misi mereka menggunakan teknologi AWS. Setiap hari sebanyak 100TB data digunakan oleh NASA-JPL, dan data ini juga disimpan bertahun lamanya untuk kajian mereka. Pada acara ini mereka juga turut mengumumkan aplikasi NASA MARS tersedia untuk dimuat-turun pada peranti Alexa mereka, membolehkan pengguna bertanya kepada Alexa mengenai misi NASA ke planet Marikh.

Menutup perkongsian ini, James menyatakan yang Amazon juga komited dalam menggunakan tenaga yang boleh digunakan semula iaitu tenaga elektrik. Sehingga kini, mereka telah mencapai kadar 45% tenaga yang telah berjaya digunakan semula, dan dalam masa beberapa tahun lagi mereka akan dapat bergantung sepenuhnya kepada tenaga elektrik yang dijana menerusi kuasa solar dan kuasa angin.

aws-james-hamilton-img_20161130_133818 aws-james-hamilton-img_20161130_133857

Dengan kemajuan teknologi perkomputeran awan, tidak mustahil era ‘mainframe’ akan berakhir. James Hamilton ditengah-tengah ucapannya menyatakan ‘Death to the mainframe’. Mainframe merupakan istilah yang diberikan kepada komputer besar yang mengandungi pengkalan data yang banyak dan biasa ditemui pada organisasi yang besar seperti teknologi perbankan, penerbangan dan sebagainya. Namun jika kita lihat dengan kemajuan teknologi sekarang, seperti Netflix dan iflix yang tidak perlu mempunyai pengkalan data rancangan hiburan yang tinggi, tetapi sebaliknya memanfaatkan perkhidmatan AWS sebagai solusi perkhidmatan mereka.

Jika ambil contoh terdekat, perisian seperti Prisma menggunakan kecerdasan buatan yang memerlukan pengguna berhubung dengan internet bagi menjana gambar tersebut. Dan perkhidmatan lain seperti contoh Adobe turut menyediakan perkhidmatan ‘Creative Cloud’, membolehkan perkongsian dan penyuntingan fail dilakukan terus dari internet. Namun memandangkan ia memerlukan sambungan internet, internet yang laju diperlukan bagi memastikan pengalaman menggunakan perkhidmatan awan tidak terganggu.

Mungkin ada benarnya era ‘mainframe’ bakal berakhir.

Komen