AWS re:Invent 2016 – NASA Mars Dilancarkan Untuk Pembantu Maya Alexa

AWS re:Invent 2016 – NASA Mars Dilancarkan Untuk Pembantu Maya Alexa

Diterbitkan pada November 30, 2016 oleh .

Sewaktu perkongsian oleh James Hamilton bagi memulakan acara AWS re:Invent tahun ini, beliau telah berkongsi pelbagai perkara menarik dan juga projek yang telah dibangunkan oleh pengguna perkhidmatan AWS. Salah satunya adalah NASA yang tampil dengan NASA Mars, iaitu kebolehan untuk pembantu maya yang dibangunkan Amazon iaitu Alexa menjawab soalan berkaitan misi tersebut.

Alexa merupakan pembantu maya yang dicipta oleh Amazon, dan berupaya melakukan pelbagai perkara, termasuklah melakukan carian, mengawal peranti-berhubung-internet yang terdapat dirumah anda, memainkan lagu, membacakan buku, menetapkan jam penggera dan berbagai lagi. Kini dengan ‘skill’ terbaru NASA Mars, pengguna boleh mengikuti perkembangan terkini berkaitan misi tersebut hanya menerusi kawalan suara.

Disamping itu mereka turut berkongsi mengenai model robot ROV-E yang dibina berdasarkan robot penjelajahan Curiosity, tampil pada skala lebih kecil dan menunjukkan yang ia boleh berkomunikasi dengan Alexa. Mereka juga bakal berkongsi manual untuk membolehkan anda membangunkan robot penjelajahan tersendiri.

aws-james-hamilton-img_20161130_131723


TIPS & ULASAN