Cari @ Amanz

Sewaktu ucaptama Andy Jassy bagi membuka acara AWS re:Invent 2016, beliau turut menyatakan mengenai kecerdasan buatan. Perkhidmatan AWS telahpun menyediakan fungsi-fungsi yang membolehkan pengguna membangunkan perkhidmatan yang memanfaatkan kecerdasan buatan dan pada hari ini tiga kecerdasan buatan Amazon yang baru telah diperkenalkan.

Amazon Lex

Amazon Lex merupakan kombinasi pembelajaran mesin (Machine Learning) dan juga Deep Learning. Ia merupakan salah satu komponen dalam Alexa yang membolehkan automasi sesuatu arahan. Sebagai contoh ‘Book me next Friday flight to London’. Amazon Lex berupaya mengenalpasti sesuatu proses, dan kata kunci. Didalam analisa terhadap ayat tersebut, Amazon Lex tahu mengenai penerbangan seterusnya pada hari Jumaat pada minggu tersebut, dan tidak akan bertanya hari Jumaat yang manakah dimaksudkan.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_010002

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_005552

Seterusnya dari segi lokasi, apabila pengguna menyebutkan ‘London’, ia sekaligus mendapatkan kod lapangan terbang (LHR – London Heathrow) dan melakukan tempahan. Bagi memahami dari mana pengguna tersebut berlepas, memandangkan pengguna masih berada di Las Vegas, secara ‘semulajadinya’ ia akan memasukkan kod lapangan terbang Las Vegas sebagai tempat berlepas. Dari kesemua data yang telah dimasukkan ini, ia berupaya melakukan carian dan mendapatkan hasilnya, iaitu tambang penerbangan sebanyak 500 USD.

Amazon Rekognition

Salah satu kecanggihan kecerdasan buatan yang terdapat pada masa kini termasuklah analisis dan pengecaman gambar. Amazon Rekognition membolehkan pembangun mencipta aplikasi dan perkhidmatan yang menganalisa sesuatu gambar, dan memberikan maklumat gambar tersebut. Maklumat seperti wajah, objek, serta suasana akan direkodkan, dan bagi setiap maklumat ini, terdapat confidence score yang menyatakan kebarangkalian maklumat tersebut direkodkan dengan tepat, atau sebaliknya.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_005150

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_005238

Lebih dari sekadar analisis gambar, ia juga mampu melakukan pengecaman wajah, melakukan perbandingan, dan mengetahui keadaan seperti mata tertutup, atau sedang tersenyum. Dengan kecerdasan buatan sebegini, pembangun tidak perlu bersusah-payah membangunkan algoritma tersendiri, sebaliknya boleh bergantung kepada perkhidmatan yang telah tersedia.

Amazon Polly

Anda mungkin kerap mendengar fungsi ‘teks kepada suara’ (text-to-speech) namun cabarannya adalah untuk menjadikan teks tersebut lebih semulajadi, seolah-olah diucapkan oleh manusia malah lenggok bahasa dan lunak suara turut membantu pengalaman ini. Amazon Polly menyediakan 47 jenis suara dan dapat menafsirkan konteks sesuatu ayat. Ini dapat membantu pembangun tanpa perlu bersusah payah menghasilkan teks penuh.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_005433

Seperti contoh teks ‘Weather in WA is 47F’. Didalam fungsi teks kepada suara yang traditional, enjin tersebut akan menyebut setiap satu abjad. Namun menggunakan Amazon Polly, ia akan mengeluarkan ayat penuh ‘Weather in Washington is 47 degree Fahrenheit’. Amazon Polly turut menyokong 24 bahasa namun kami masih tidak dapat mengesahkan adakah Bahasa Melayu turut termasuk didalam bahasa yang disokong Amazon Polly.


Dengan ketiga-tiga komponen kecerdasan buatan yang baru diumumkan oleh AWS ia secara tidak langsung membawa mereka setapak lagi kehadapan dalam memudahkan pembangun aplikasi mengintegrasikan kecerdasan buatan pada perkhidmatan mereka. Namun sokongan untuk fungsi sebegini masih terhad, dimana bagi Polly dan Rekognition hanya sebahagian negeri di Amerika dan Eropah yang menerima fungsi ini. Bagi Amazon Lex, pengguna boleh mencubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd