Cari @ Amanz

aws-reinvent2016_blueHari pertama acara AWS re:Invent dimulakan dengan ucaptama oleh Andy Jassy, CEO AWS. Jika semalam James Hamilton berkongsi sedikit sebanyak mengenai perkara unik yang dibangunkan AWS, Andy pada hari ini menceritakan serta mengumumkan teknologi terbaru AWS bertemakan sifat-sifat yang terdapat pada seorang perwira.

Sebelum memulakannya, Andy turut berkongsi yang mana AWS kini mendahului pelbagai syarikat lain didalam industri perkomputeran awan, malah mengalahkan Google dan juga Facebook. Dan AWS juga merupakan penyedia perkhidmatan untuk perusahaan terpopular, dan banyak digunakan oleh industri lain.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_000514

Supersonic Speed

Antara sebab pengguna memilih untuk menggunakan AWS adalah disebabkan kelajuannya dalam memproses data. Malah kelajuan bukan dari sekadar kelajuan mengakses, akan tetapi termasuklah pada kelajuan AWS menghasilkan inovasi dan teknologi perkomputeran awan yang baru.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_001219

Jika pada tahun 2005 mereka hanya mempunyai 24 fungsi tersedia, kini lebih dari 1000 fungsi tersedia. Setiap hari ada fungsi baru yang telah dimuatkan pada AWS. Dan pada hari ini AWS mengumumkan 7 instance baru, menjumlahkan 11 instance yang tersedia dibawah perkhidmatan Compute.

‘X- Ray Vision’

Sifat kedua seorang perwira yang perlu ada ialah visi dan pandangan yang menyeluruh dan jauh kehadapan. Dalam konteks ini, Andy berkongsi yang mana analisa terhadap data itu penting, kerana dengan data yang dimiliki berupaya membantu kemajuan perniagaan tersebut.

Amazon sendiri mempunyai pelbagai komponen bagi melakukan analisis, malah turut mempunyai komponen pembelajaran mesin mereka iaitu Amazon Machine Learning. Malah menurut Andy, Supercell, pembangun permainan popular Clash Royale turut mempunyai analisis bagaimana permainan mereka dimainkan. Dari data tersebut, pihak Supercell berupaya melakukan perubahan pada permainan tersebut bagi membolehkan ia lebih adil (Game balancing).

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_004919

Pada acara ini Amazon telah memperkenalkan Amazon Athena, iaitu satu fungsi yang membolehkan pengguna melakukan analisis data pada fungsi Amazon S3 (Simple Storage Services) apabila dikehendaki. Dengan analisis sebegini, ia dapat membantu pengguna AWS menganalisa corak penggunaan perkhidmatan tersebut apabila diperlukan. Fungsi ini akan tersedia pada hari ini.

Dibawah sifat ini juga, Amazon telah mengumumkan tiga perkhidmatan kecerdasan buatan iaitu Amazon Lex iaitu teknologi yang wujud pada peranti pembantu maya Amazon Alexa, Amazon Polly bagi merubah teks kepada percakapan namun pada suara yang lebih semulajadi, dan juga Amazon Rekognition iaitu kecerdasan buatan untuk analisis imej.

Immortality

Bercerita mengenai sifat ketiga, Andy memberikan perbandingan antara jangka hayat manusia dan syarikat. Secara amnya manusia berupaya hidup lebih lama berbanding syarikat malah tempoh mencabar bagi sesuatu syarikat adalah 5 tahun pertama. Dari semua syarikat yang pernah tersenarai dalam Forbes 500 pada tahun 1955, hanya 15% yang berjaya kekal hidup sehingga kini.

Flight

‘Terbang’ mungkin bukanlah penjelasan yang tepat untuk sifat keempat ini, namun terma ini yang popular dikalangan pembangun adalah kepantasan sesuatu syarikat itu untuk memulakan projek mereka. Pada suatu ketika dahulu, kos untuk memulakan projek mungkin memerlukan kos yang tinggi. Seiring kemajuan teknologi, kos memulakan sesuatu makin rendah, membolehkan mana-mana organisasi melakukan sesuatu dengan lebih pantas.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_001914

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_010722

Salah satu trend menarik adalah terdapat banyak startup yang menggunakan perkhidmatan AWS, dan dari awal penubuhannya memanfaatkan teknologi awan. Antaranya termasuklah Pinterest, Slack, dan juga Dollar Shave Club. Kesemua startup ini mempunyai satu persamaan, iaitu bermula dengan apa yang ada, tanpa perlu memikirkan mengenai infrastruktur yang besar.

Amazon juga turut mengumumkan Amazon Aurora, dimana fungsi ini membolehkan pangkalan data yang menggunakan MySQL dan PostgreSQL diintegrasikan dengan AWS. MySQL dan PostgreSQL antara pangkalan data yang popular digunakan seluruh dunia. Dengan integrasi ini, mana-mana syarikat dan projek boleh memanfaatkan AWS dan fungsi-fungsi yang ditawarkan padanya.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_013231

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_014732

Shapeshifting

Sifat terakhir yang dinyatakan oleh Andy adalah kebolehan untuk bertukar dan mengikut keadaan situasi. Salah satunya adalah AWS Greengrass yang dibina khusus untuk peranti-berhubung-internet. Andy menjelaskan masa hadapan data akan disimpan oleh peranti sebegini, dan pentingnya AWS Greengrass dalam menyimpan data peranti tersebut, dan menghantar data tersebut ke internet apabila terdapatnya sambungan.

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_020612

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_021259

aws-day-1-andy-jassy-img_20161201_021303

Dan bagi pengguna kelas perusahaan, Amazon turut mengumumkan AWS Snowball Edge, dimana pengguna boleh melakukan penghantaran data kepada sistem storan sebegini tanpa memerlukan capaian internet yang laju, dan pemprosesan dilakukan pada peranti tersebut sendiri. Ini agak berguna bagi kawasan atau industri yang tidak kerap menggunakan internet, seperti industri pertanian. Sekiranya lebih banyak pemindahan data diperlukan, terdapat AWS Snowmobile yang membolehkan pemindahan 100PB (petabyte) data dilakukan namun khidmat ini mungkin hanya terhad untuk sesetengah pasaran sahaja.

 


Andy menutup ucaptama beliau dengan visi sepuluh tahun akan datang, dimana dunia perkomputeran akan jadi lebih berbeza dari apa yang dinikmati pada masa kini, sepertimana berbezanya 10 tahun yang lalu tanpa perkhidmatan perkomputeran awan. Pada masa akan datang, lebih banyak syarikat akan merubah cara mereka bekerja, dan meletakkan infrastruktur mereka di perkhidmatan awan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd