Berbulan telah berlalu sejak Samsung meminta pemilik Galaxy Note 7 untuk memulangkan peranti mereka atas sebab keselamatan. Tetapi terdapat ramai pengguna yang berdegil dan terus menggunakan peranti yang mempunyai masalah letupan rawak ini. Di Australia sokongan selular untuk Note 7 akan dihentikan bermula 15 Disember hadapan.
Pemilik yang masih menggunakan Note 7 akan menerima notis penghentian sokongan ini bersama notis untuk memulangkan peranti kepada Samsung. Australia bukan negara pertama yang menghentikan sokongan selular. New Zealand terlebih dahulu melakukannya pada 18 November lalu. Adakah anda mengenali sesiapa yang masih tegar menggunakan Note 7 yang dimiliki mereka?