Oppo Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Ayda Jebat

Oppo Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Ayda Jebat

Diterbitkan pada Dis 1, 2016 oleh .

Oppo pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar memfokuskan selfie dan salah satunya adalah Oppo F1s. Kini, selain daripada hanya versi biasa, pihak Oppo turut telah memperkenalkan sebuah versi khusus dinamakan sebagai Oppo F1s Ayda Jebat Edition.

Peranti ini diperkenalkan bersempena dengan penyanyi Ayda Jebat – yang mana juga merupakan salah seorang duta Oppo. Walaubagaimanapun, ia agak sesuatu yang pelik mengapa Oppo tidak hadir dengan edisi Nora Danish, dan sebaliknya memilih Ayda Jebat untuk edisi khusus ini.

Oppo Ayda Jebat

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan penawaran menyerupai Oppo F1s biasa, iaitu hadir dengan cip MT6750, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 16-megapixel, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Namun, bersempena dengan Edisi Ayda Jebat, ia turut hadir dengan kerangka khusus Ayda Jebat, penulisan tanda-tangan Ayda Jebat pada kerangka belakang, baju-t Ayda Jebat, dan juga Ayda Jebat Limited Edition Pendrive.

Oppo menjual Oppo F1s Ayda Jebat Edition ini pada harga RM1399 di Malaysia – iaitu RM200 lebih tinggi berbanding versi biasa. Jika anda berminat, boleh mendapatkannya melalui laman jualan rasmi Oppo hari ini.

Baca : Ulasan Oppo F1s


TIPS & ULASAN