Menggunakan iPhone 6S? Semak Sama Ada Anda Akan Menerima Gantian Bateri Percuma Atau Tidak

Menggunakan iPhone 6S? Semak Sama Ada Anda Akan Menerima Gantian Bateri Percuma Atau Tidak

Diterbitkan pada Dis 2, 2016 oleh .

Apple sebelum ini telah mengesahkan terdapat sejumlah telefon pintar iPhone 6s yang mengalami masalah menutup dan mati secara sendiri. Ketika pengumuman tersebut, Apple meminta pengguna untuk menghadirkan diri ke pusat khidmat Apple seluruh dunia untuk menyemak peranti anda terlibat ataupun tidak.

Kini, selain daripadanya, dalam usaha memudahkan pengguna mengenal-pasti sama ada iPhone 6s anda terlibat dibawah program gantian bateri percuma ini, Apple menyediakan kemudahan membuat carian menggunakan kod siri telefon anda.

Anda hanya perlu ke laman khusus Apple, dan membuat semakan melaluinya. Sekiranya peranti anda tersenarai, anda boleh ke pusat khidmat Apple, dan mendapatkan gantian untuk bateri anda.

Sebelum ini, Apple mengatakan iPhone 6s yang dikeluarkan antara September 2015 hingga Oktober 2015 terlibat dalam program gantian semula ini. Masalah bateri ini membuatkan telefon pintar iPhone 6S pengguna mati secara tiba-tiba ketika menggunakannya.

Semak : Program Gantian iPhone 6s

TIPS & ULASAN