Cari @ Amanz

Acara PlayStation Experience yang sedang berlangsung di Los Angeles hari ini membawakan beberapa pengumuman mengejutkan. Pertama sekali Last of Us Part II diumumkan setelah ura-ura kewujudannya mula kedengaran tahun lalu. Naughty Dog tidak menghentikan kejutan setakat di sini. Permainan baru Uncharted The Lost Legacy turut diumumkan dengan trailer sepanjang lapan minit.

The Lost Legacy pasa asalnya dihasilkan sebagai DLC pendek untuk Uncharted 4 tetapi berubah menjadi permainan standalone. Watak popular Chloe Frazer kembali di dalam pengembaraan di India. Turut hadir ialah Nadine Ross, watak penjahat dari Uncharted 4. Kedua-dua watak wanita kental ini bergabung dan saling kenal mengenali. Pihak Naughty Dog belum memberikan tarikh bilakah The Lost Legacy bakal menemui peminat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd