Sebilangan Pengguna MacBook Pro Touchbar Melaporkan Masalah Bateri Tidak Bertahan Lama

Sebilangan Pengguna MacBook Pro Touchbar Melaporkan Masalah Bateri Tidak Bertahan Lama

Diterbitkan pada Dis 6, 2016 oleh .

MacBook Pro ialah komputer riba yang terkenal dengan ketahanan baterinya. Di pejabat Amanz ramai ahli redaksi menggunakannya kerana ia mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali caj. Ini adalah amat berguna ketika melakukan tugasan di luar dan sukar untuk mencari palam elektrik. MacBook Pro baru dengan Touchbar diiklankan dengan ketahanan bateri sehingga 10 jam. Tetapi segelintir pengguna merungut ia hanya mampu bertahan selama empat jam.

macbook-pro

Bateri turun dengan mendadak walaupun hanya melayari web dan menonton YouTube. Spekulasi mengatakan ia mungkin berkaitan dengan penggunaan kad grafik Radeon yang menggunakan lebih banyak kuasa dari biasa. Masalah melibatkan kad grafik ini sudah wujud sejak hari pertama sehingga ada pengguna melaporkan skrin tidak dipaparkan dengan betul. Antara jalan penyelesaian yang diberikan ialah tidak menggunakan pelayar web Chrome.

Apple masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah yang melanda sebilangan kecil pengguna ini. Diharap ia akan diselesaikan segera kerana masalah bateri kini melanda bukan sahaja MacBook tetapi iPhone 6S.


TIPS & ULASAN