Pengeluaran Pebble Time 2 Dan Core Akan Dihentikan Kerana Pengambil Alihan Oleh Fitbit

Pengeluaran Pebble Time 2 Dan Core Akan Dihentikan Kerana Pengambil Alihan Oleh Fitbit

Diterbitkan pada Dis 7, 2016.

Fitbit semakin hampir mengambil alih Pebble, pesaing mereka di dalam aren peranti boleh-pakai. Antara kerisauan peminat Pebble ialah Fitbit akan menghentikan sokongan kepada peranti yang telah dan bakal dihasilkan. Kerisauan ini akan menjadi realiti dengan laporan penghentian jualan Pebble Time 2 dan Core.

Kedua-dua peranti boleh pakai ini berjaya mengumpul dana berjumlah $13 Juta (RM 58 Juta) melalui Kickstarter. Kesemua pengguna yang menyokong projek ini akan menerima pulangan wang mereka  dalam masa terdekat mengikut sumber dalaman. Pebble akan dijual kepada Fitbit pada harga sekita $40 Juta (RM 177 Juta) .  Penjualan dilakukan kerana Pebble mengalami masalah kewangan dengan penjualan peranti boleh-pakai yang semakin berkurangan. Fitbit memegang peratusan terbesar pasaran peranti boleh-pakai diikuti oleh Xiaomi, Garmin, Apple dan Samsung menurut laporan IDC yang terkini.


TIPS & ULASAN