Carian
Samsung Galaxy S7 Edge Pearl Black Mula Dijual 9 Disember Ini
December 7, 2016 Effi Saharudin

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Samsung akan memberikan pilihan warna baru kepada Galaxy S7 Edge bagi menyaingi iPhone 7 Jet Black. Nampaknya peranti dengan nama warna rasmi Pearl Black ini akan mula dijual di Korea Selatan pada 9 Disember ini.

Samsung Galaxy S7 Edge Pearl Black mempunyai panel belakang dan sisi yang berwarna hitam berkilat. Pada model Black Onyx sebelum ini, sisi peranti mempunyai warna kelabu. Selain warna baru storan turut dipertingkatkan kepada 128 Gigabyte. Dengan penawaran warna dan storan baru ini Samsung berharap S7 Edge akan memberikan persaingan kepada iPhone 7 yang baru memasuki pasaran Korea Selatan. Harga jualan dan kebarangkalian ia dijual di pasaran luar Korea Selatan masih belum diketahui setakat ini.

Komen