Carian
Rekaan Peranti Skrin Boleh Lipat Samsung Project Valley Kini Diketahui
December 7, 2016 Effi Saharudin

Peranti Samsung dengan skrin yang boleh dilipat sudah kedengaran ura-ura pembangunannya sejak lebih setahun yang lalu. Pelbagai paten telah difailkan gergasi Korea Selatan ini dan peranti ini dijangka hadir tahun hadapan. Beberapa lagi paten baru difailkan mereka tahun lalu dan dokumennya baru sahaja didedahkan. Di dalam dokumen tersebut wajah sebenar Project Valley kini diketahui.

Mekanisme melipat terletak pada bahagian atas dan bawah. Ini membolehkan skrin menjadi semakin panjang. Ini berbeza dengan spekulasi asal yang mengatakan skrin boleh melipat ke sisi untuk mengubah telefon pintar menjadi sebuah tablet. Tambah menarik pada panel belakang terdapat modul kamera modular yang boleh ditanggalkan. Pelbagai lensa boleh digunakan serta kemampuan melakukan pemfokusan optikal. Peranti ini kini dijangka hanya muncul pada separuh kedua 2017. Apakah pendapat anda tentang rekaan unik Project Valley?

 

Komen