Kemas Kini Samsung Galaxy Note 7 Akan Menyahaktifkan Sistem Pengecasan Pada 15 Disember

Kemas Kini Samsung Galaxy Note 7 Akan Menyahaktifkan Sistem Pengecasan Pada 15 Disember

Diterbitkan pada Dis 9, 2016 oleh .

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya dalam masa kurang tiga minggu. Bagi Samsung insiden letupan Galaxy Note 7 yang menimbulkan kesipuan besar mungkin ingin dilupakan. Walaupun mereka menawarkan ganti rugi serta pemulangan wang dengan setiap peranti yang dikembalikan, masih ada pengguna yang berdegil menggunakan Note 7. Di Australia dan New Zealand, sistem selular peranti ini tidak akan lagi diaktifkan. Di Amerika Syarikat tindakan yang lebih drastik mungkin diambil.


Seorang pengguna Note 7 di Amerika Syarikat menerima SMS yang memberikan amaran sistem pengecasan akan dinyahaktifkan selepas menerima kemas kini pada 15 Disember hadapan. Dengan kemaskini ini pemilik yang masih berdegil tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa juga memulangkannya kepada Samsung.

Sehingga kini dianggarkan hampir 300000 Note 7 masih belum dipulangkan di Amerika Syarikat. Ini ialah jumlah yang amat besar. Pihak Samsung masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemas kini yang akan membuatkan peranti mati selama-lamanya.


TIPS & ULASAN