Pemilik Google Pixel Dan Pixel XL Melaporkan Masalah Audio Pada Tetapan Tertinggi

Pemilik Google Pixel Dan Pixel XL Melaporkan Masalah Audio Pada Tetapan Tertinggi

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Apabila membeli sebuah peranti utama premium, pengguna berharap mereka akan memiliki peranti terbaik dari segala aspek. Google Pixel dan Pixel XL dihasilkan sendiri oleh Google bagi memastikan masalah yang melanda peranti Nexus tidak akan berlaku. Setiap komponen dan elemen rekaan dikawal ketat bagi memastikan keserasian dengan perisian yang turut dibangunkan mereka.

Sejak memasuki pasaran malang sekali peranti ini telah dilanda beberapa masalah teknikal. Sebelum ini kami melaporkan masalah gangguan silau cahaya apabila gambar diambil. Kini pemilik kedua-dua peranti premium ini melaporkan masalah audio yang pecah dan berbunyi aneh pada tiga tetapan terkini. Bunyi pecah ini berselang seli dengan masalah statik. Setakat ini Google masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai masalah ini.

Video di atas ialah dari seorang pengguna yang menerima peranti gantian ke-empat yang masih mengalami masalah yang sama. Bagi sebuah peranti yang bersaing dengan iPhone 7 dan harga jualan yang sama, masalah seperti ini adalah agak mengecewakan.


TIPS & ULASAN