U Mobile Menawarkan Penambahan Data 3 Kali Ganda Untuk Pengguna Prabayar

U Mobile Menawarkan Penambahan Data 3 Kali Ganda Untuk Pengguna Prabayar

Diterbitkan pada Dis 22, 2016 oleh .

Dengan pengenalan pelan prabayar baru daripada Celcom baru-baru ini, kini U Mobile mengorak langkah dalam menarik lebih ramain pengguna menggunakan perkhidmatan mereka – dan mengumumkan penawaran tambahan data sehingga 3 kali ganda untuk pengguna prabayar.

Melalui pelan ini, sekiranya pengguna melanggan UMI21, anda kini akan menerima data sehingga 4.5GB berbanding hanya 1.5GB sebelum ini. Perkara sama juga untuk pelan-pelan lain iaitu

  1. UMI 25 – 6GB berbanding 2GB sebelum ini.
  2. UMI 30 – 7.5GB berbanding 2.5GB sebelum ini.
  3. UMI 38 – 6GB berbanding 2GB sebelum ini.
  4. UMI50 – 12GB berbanding 4GB sebelum ini.

Semua pelan ini turut hadir dengan penawaran VideoOnz untuk penstriman video, selain data tanpa had untuk muzik melalui MusicOnz.

Semua penambahan data ini adalah terhad sehingga 15 Februari 2017 kelak, dan akan ditawarkan untuk para pengguna yang membuat langganan atau memperbaharui langganan bermula hari ini.


TIPS & ULASAN