Honor 8 Akan Menerima Kemaskini Android Nougat Pada Bulan Februari

Diterbitkan pada Dis 23, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor 8 mungkin peranti kelas pertengahan paling menarik sepanjang 2016. Rekaan berkaca dan sistem dwi-kamera membuatkannya kelihatan seperti sebuah peranti utama. Kepada yang mahukan sistem seakan Huawei P9 pada harga lebih mampu milik, Honor 8 ialah peranti yang kami sarankan.

Peranti ini disahkan akan menerima kemas kini Android Nougat pada bulan Februari hadapan bersama dengan pelancar EMUI 5.0. Dengan kemas kini ini Honor 8 akan turut mempunyai sistem pembelajaran mesin terbina yang menurut Huawei akan memastikan peranti tidak akan mengalami masalah sela masa. Pada masa yang sama EMUI 5.0 turut membawakan sokongan talam aplikasi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami