CyanogenMod Dijenamakan Semula Kepada Lineage

CyanogenMod Dijenamakan Semula Kepada Lineage

Diterbitkan pada Dis 25, 2016 oleh .

Desas-desus mengenai Lineage bukan sesuatu yang baru. ia telah diperkatakan sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini, lanjutan daripada penutupan Cyanogen, pihak pembangun bebas untuk CyanogenMod turut mengambil-langkah mengumumkan dan memberikan sedikit teaser mengenai Lineage.

Langkah penjenamaan semula ini dilakukan untuk mengelakkan pengguna keliru dengan nama berkenaan, selain nama Cyanogen sendiri yang dihak-ciptakan dan dikaitkan dengan perniagaan Cyanogen Inc – membuatkan ia boleh dijual bersama-sama aset lain pada bila-bila masa disebabkan oleh penutupan ini.

Untuk mereka yang keliru, CyanogenMod adalah ROM Android versi yang dibangunkan oleh komuniti untuk pelbagai peranti, sementara CyanogenOS adalah versi dikomersialkan dengan beberapa perisian tambahan dan hadir dioptimasikan khusus untuk beberapa peranti sahaja dan dijual secara terbina pada peranti baru yang dijual.

Untuk mengelakkan sebarang perkara, pihak pembangun bebas melalui blog CyanogenMod mengumumkan mereka akan menjenamakan semula pembangunan ROM untuk Android berkenaan, selain pada masa yang sama kembali kepada komuniti sepenuhnya dalam membangunkan ROM untuk peranti-peranti Android.

Buat masa ini, mereka dilihat telah mula membangunkannya melalui laman Github, dan pembanguna boleh dikatakan agak aktif akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN