Satu Negeri Satu Mara Digital Menjelang Penghujung 2017

Satu Negeri Satu Mara Digital Menjelang Penghujung 2017

Diterbitkan pada Dis 26, 2016 oleh .

Mara Digital merupakan salah satu projek yang disokong oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dalam usaha mengalakkan lagi peniaga barangan IT tempatan, selain memudahkan pengguna mendapatkan barangan IT daripada lokasi yang berdekatan dengan mereka.

Sejak daripada Disember 2015 yang lepas, beberapa pusat Mara Digital telah dibuka di beberapa bandar utama. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, kerajaan menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu Mara Digital di setiap negeri menjelang akhir tahun 2017 kelak.

Buat masa ini, untuk 2017, lima lokasi telah dikenal-pasti untuk dibuka dengan Mara Digital, iaitu di Melaka, Terengganu, Johor, Pahang dan juga Kelantan.

Dalam tempoh sekitar setahun sejak ia dibuka, Mara Digital dikatakan telah mencatatkan jualan berjumlah RM18.4 juta, dan untuk tahun 2017 kelak, angka tersebut dijangka mencapai RM20 juta.


TIPS & ULASAN