Cip Pemprosesan Kirin 970 Dengan Binaan 10nm Dijangka Membawa Kepantasan Frekuensi Sehingga 3.0Ghz

Cip Pemprosesan Kirin 970 Dengan Binaan 10nm Dijangka Membawa Kepantasan Frekuensi Sehingga 3.0Ghz

Diterbitkan pada Dis 27, 2016 oleh .

Pada tahun 2017 akan datang ini, pelbagai peranti mudah-alih dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan berasaskan rekaan 10nm. Sebelum ini, kita sedia mendengar mengenai cip Qualcomm dan Samsung yang akan menggunakan rekaan berkenaan, dan kini info awal hadir mengatakan Kirin 970 daripada Huawei turut dijangka menggunakan perkara yang sama.

Dengan penggunaan rekaan 10nm ini, ia akan membolehkan cip pemprosesan bersaiz lebih kompak, selain pada masa yang sama menggunakan tenaga bateri dengan lebih efisyen berbanding kebiasaan. Ia juga secara tidak langsung bakal menawarkan prestasi yang lebih baik pada penggunaan tenaga lebih rendah. Ia dijangka menawarkan kuasa pemprosesan sehingga 3.0GHz.

Disamping itu, Huawei juga dijangka akan menyokong rangkaian LTE Cat 12 melalui cip pemprosesan terbaru mereka ini kelak.

Berkemungkinan, kita akan mendengar lebih lanjut mengenai cip pemprosesan terbaru Huawei ini menjelang pengumuman dan pelancaran telefon pintar Huawei P10 atau Huawei Mate 10 kelak.


TIPS & ULASAN