Mi Mix Akan Menjadi Peranti Xiaomi Kedua Menerima Android Nougat

Mi Mix Akan Menjadi Peranti Xiaomi Kedua Menerima Android Nougat

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Xiaomi Mi 5 mula menerima kemas kini Android Nougat beberapa minggu yang lalu. Ini menjadikan peranti pertama Xiaomi yang menggunakan sistem operasi ini. Xiaomi Mi 4C, Mi 4S, Mi Note dan Mi Max disahkan akan menerimanya di dalam suku pertama 2017. Menarik sekali Mi Mix kan menjadi peranti kedua menerima kemas kini walaupun tidak disenaraikan sebelum ini.

Menurut forum MIUI, ujian Alpha ke atas Nougat untuk Mi Mix sedang dilakukan. Sebagai antara peranti premium dengan spesifikasi terbaik pernah dihasilkan Xiaomi, tidak mengejutkan ia akan menerima Nougat. Antara fungsi baru yang bakal diterima ialah kemampuan melancarkan dua aplikasi serentak bagi menggunakan saiz skrin 6.4″ dengan lebih baik. Tarikh sebenar kemas kini akan diberikan belum lagi dikongsikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN