Pemilik Samsung Galaxy S7 Melaporkan Masalah Lensa Kamera Retak Secara Tiba-Tiba

Pemilik Samsung Galaxy S7 Melaporkan Masalah Lensa Kamera Retak Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan pada Dis 30, 2016 oleh .

Kamera yang baik ialah antara kriteria penting dalam pemilihan peranti pintar. Bagi majoriti pengguna, aplikasi kamera lebih kerap digunakan berbanding aplikasi panggilan suara. Tahun ini kamera pada Samsung Galaxy S7 Edge kami rasakan mempunyai kemampuan kamera terbaik pada peranti pintar. Tetapi nampaknya ada pengguna yang merungut masalah yang melanda kamera peranti ini.

Menurut laporan Consumerist, ramai pemilik S7 dan S7 Edge mendakwa lensa kamera peranti mereka retak secara tiba-tiba. Ia berlaku tanpa sebarang hentakkan. Masalah ini turut dialami mereka yang menggunakan kerangka tahan lasak yang melindungi lensa kamera dari bersentuh dengan permukaan meja.

Buat masa ini ia dilaporkan oleh pengguna di negara beriklim sejuk. Kami masih belum mendengar masalah ini di kalangan pengguna tempatan. Bagaimana pula dengan anda?


TIPS & ULASAN