Continuum ialah fungsi menarik Windows 10 Mobile yang membolehkan telefon pintar berubah menjadi sebuah komputer dekstop. Fungsi ini boleh dilihat pada Microsoft Lumia 950 dan 950 XL. Sungguhpun ia adalah fungsi yang bagus, sambutan dingin ke atas Windows 10 Mobile membuatkan ia jarang sekali digunakan. Sebuah gambar tertiris dan mendakwa Samsung Galaxy S8 mungkin akan hadir dengan fungsi yang serupa.
Fungsi ini akan dikenali sebagai Samsung Desktop Experience. Apabila disambung ke sebuah monitors, Galaxy S8 akan memaparkan antaramuka seakan Chrome OS. Tetikus dan papan kekunci boleh ditambat untuk menggunakan S8 seperti sebuah Chromebook mini. Galaxy S8 akan dilengkapi pemproses Snapdragon 835 dan ura-ura RAM sebesar 8 Gigabyte. Dengan spesifikasi yang cukup tinggi ini masalah sela masa yang dialami sistem Continuuum tidak akan wujud pada Samsung Desktop Experience sekiranya gambar tertiris ini terbukti benar.