Harga Jualan Acer Predator 21 X Dengan Dua Nvidia GeForce GTX 1080 Mencecah RM 40000

Harga Jualan Acer Predator 21 X Dengan Dua Nvidia GeForce GTX 1080 Mencecah RM 40000

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Di ruangan komen Amanz kami kerap melihat pembaca mengomel setiap kali harga jualan peranti Apple diumumkan. Perkataan “mahal”, “tidak berbaloi” dan “tak masuk akal” sering dilihat. Tetapi kami yakin apabila dibandingkan dengan harga jualan Acer Predator 21 X, harga MacBook Pro 2016 akan kelihatan seperti sebuah peranti murahan.

Acer Predator 21 X

Acer Predator 21 X dijual pada harga $8999 (~RM 40491) sebuah Februari depan. Komputer riba untuk golongan pemain tegar permainan PC ini dilengkapi skrin melengkung bersaiz 21″ , pemproses Intel Core i7-7820HK, dua kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 dengan konfigurasi SLI, RAM sebesar 64 Gigabyte DDR4 dan empat storan SSD sebesar 512 Gigabyte dengan konfigurasi RAID 0. Tidak cukup dengan itu, komputer riba ekstrem ini turut mempunyai papan kekunci mekanikal dengan suis Cherry MX Brown. Ini mungkin komputer riba berspesifikasi paling tinggi pernah dihasilkan.


TIPS & ULASAN