Cari @ Amanz

Peranti terkini keluarga Samsung Galaxy S biasanya dilancarkan di MWC yang berlangsung di Barcelona setiap bulan Februari. Masalah yang melancar Note 7 mengakibatkan pembangunan peranti ini tergendala sementara Samsung mencari punca letupan yang mengakibatkan jualannya ditarik balik. Kini kedengaran ura-ura Samsung Galaxy S8 akan hanya diperlihatkan di MWC dengan sasaran jualan pada bulan April.

Pada waktu yang sama Samsung mensasarkan jualan sebanyak 60 Juta unit untuk pengganti kepada Galaxy S7 ini. Penangguhan ke bulan April dilakukan bagi memastikan terdapat unit yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran. Antara ura-ura lain yang didengari ialah dua model S8 akan dilancarkan serta buat pertama kalinya sokongan stylus S-Pen. Jawapan kepada ura-ura ini akan diketahui dalam masa terdekat. Adakah anda bercadang untuk memiliki Samsung Galaxy S8 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd