Cari @ Amanz

Project Valerie ialah produk konsep yang paling menakjubkan di acara CES 2017 yang baru sahaja berakhir. Komputer riba ini dilengkapi tiga skrin 17″ dengan resolusi 4K bagi membolehkan pengguna menyelami dunia permainan mereka. Semalam Razer mengumumkan dua produk mereka dicuri tetapi tidak memberikan sebarang maklumat terperinci.

Min Liang Tan, CEO Razer hari ini mengesahkan dua produk yang dicuri ialah prototaip Project Valerie. Pihak Razer akan menawarkan wang ganjaran berjumlah $25000 (RM 112000)  kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kecurian ini. Beliau tidak menolak kemungkinan Projeck Valerie dicuri atas sebab pengintipan industri oleh pengeluar lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd