Cari @ Amanz

Di rumah kami mempunyai komputer desktop dengan konfigurasi skrin berkembar. Dengan dua skrin kami masih boleh melakukan kerja di skrin pertama sambil menonton video pada skrin kedua. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan menulis. Razer mempunyai idea lebih menakjubkan dengan menghasilkan sebuah komputer riba dengan tiga skrin 4K.

Project Valerie diperlihatkan di CES dan ia mungkin gambaran komputer riba masa hadapan. Tiga skrin IGZO sebesar 17.3″ dengan resolusi 4K digunakan. Sebuah komputer riba Razer Blade Pro diubahsuai bagi menghasilkan Project Valerie. Dua skrin sisi boleh dilipat bagi memberikan kekebalan maksimum 1.2″ apabila disimpan dan berat sekitar 5.5 Kilogram.

Razer tidak mempunyai perancangan menjualnya buat masa ini tetapi sekiranya Acer Predator 21 X dengan skrin lengung dan dua kad grafik GeForce GTX 1080 boleh dihasilkan, masakan Project Valerie tidak boleh menjadi realiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd