Airbus Ingin Menguji Kenderaan Terbang Autonomi Menjelang Penghujung 2017

Airbus Ingin Menguji Kenderaan Terbang Autonomi Menjelang Penghujung 2017

Diterbitkan pada Jan 17, 2017 oleh .

Kenderaan terbang merupakan salah satu perkara yang sering diimaginasikan pada pelbagai filem-filem futuristik – selain sering dibayangkan ramai. Beberapa syarikat sedia membangunkan kenderaan prototaip, dan terkini pihak Airbus dilihat bergerak aktif melalui apa yang mereka panggil sebagai Project Vahana.

Airbus sebelum ini telah berkongsi mengenai Project Vahana, yang mana merupakan projek pembangunan kenderaan yang boleh berangkat ke udara secara menegak serta digunakan untuk tujuan pengangkutan.

Airbus Vahana

Terkini, lanjutan daripada perkongsian konsep, pihak Airbus berkongsi mengatakan mereka sedang membangunkan projek berkenaan, dan dijangka mengujinya menjelang penghujung 2017 kelak.

Melaluinya, Airbus yang terkenal dengan kapal terbang dilihat ingin mengurangkan kesesakkan lalu-lintas jalan raya, dan menggunakan kenderaan terbang untuk jarak perjalanan antara-bandar, selain turut digunakan untuk penghantaran barangan.

Airbus berharap dapat menggunakannya untuk kegunaan umum sekitar 2021 kelak, dan ia masuk akal untuk mereka memulakan ujian seawal yang mungkin.

Dengan perkongsian pihak Airbus ini, semestinya ramai yang akan menantikan penawaran prototaip daripada Airbus ini – selain mungkin kita akan melihat perkembangan perundangan disebaliknya, selain pelbagai syarikat lain yang turut menyertai arena yang lebih kurang sama.


TIPS & ULASAN