Kemas kini Android Wear 2.0 ditangguhkan pelancarannya dari tahun lalu. Google masih belum berkongsi bilakah ia akan diberikan tetapi tarikhnya ditiriskan oleh “Raja Tiris” Evan Blass hari ini. Menurut beliau sistem operasi peranti boleh pakai Google akan dilancarkan 9 Februari ini.
Mark your calendar: Android Wear 2.0 launches on February 9th.
— Evan Blass (@evleaks) January 17, 2017
Antara fungsi baru yang bakal diperkenalkan ialah aplikasi App Store khas untuk peranti boleh pakai. Pemilik tidak perlu menggunakan telefon pintar untuk memuat turun aplikasi Android Wear seperti yang dilakukan sekarang. Tahun lalu jualan peranti boleh pakai menurun dan jenama yang mencatatkan jualan tertinggi ialah FitBit. Dengan Android Wear 2.0, mungkin jualan jam tangan pintar akan meningkat semula. Adakah anda masih berminat untuk memiliki jam tangan pintar tahun ini? Sekiranya tidak mengapa?