Huawei Watch 2 Mungkin Diperkenalkan Bulan Hadapan – Dijangka Hadir Dengan Sokongan LTE

Huawei Watch 2 Mungkin Diperkenalkan Bulan Hadapan – Dijangka Hadir Dengan Sokongan LTE

Diterbitkan pada Jan 25, 2017 oleh .

Huawei sedia hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Android Wear sebelum ini, yang hadir dengan rekaan yang premium dan mencuri perhatian ramai. Lanjutan daripadanya juga, Huawei turut hadir dengan versi khusus untuk wanita sebelum ini.

Namun, mereka menangguhkan pengenalan peranti baru pada tahun lepas disebabkan oleh permintaan. Kini, laporan baru hadir mengatakan Huawei mungkin memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka seawal Februari 2017 ini.

Dikenali dengan Huawei Watch 2, ia dijangka hadir dengan pilihan variasi selular – membolehkan pengguna menggunakan jam tangan pintar berkenaan tanpa perlu berhubung dengan telefon pintar. Dengan ciri ini, ia dijangka mungkin menggunakan Android Wear 2.0.

Dari segi rekaan, Huawei Watch 2 dijangka akan hadir dengan rekaan yang lebih sporty berbanding versi asal. Ia dijangka mengekalkan rekaan bulat.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, Huawei mungkin memperkenalkannya seawal MWC 2017 ini.


TIPS & ULASAN