Blackberry Mercury Akan Dilancarkan 25 Februari Ini
Effi Saharudin
Peranti dengan kekunci fizikal Blackberry Mercury sudah beberapa kali tertiris di arena web. Ia akhirnya disahkan wujud di CES 2017 yang berlangsung beberapa minggu yang lalu. Blackberry hari ini mengesahkan “Mercury” akan akhirnya dilancarkan pada 25 Februari ini ketika acara MWC berlangsung. Sebuah teaser baru dimuat naik untuk mengumumkan tarikh pelancarannya.
25.02.17 #MWC2017 #BlackBerryMobile pic.twitter.com/uChVjp62TJ
— BlackBerry Mobile (@BBMobile) January 24, 2017
Dari beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, Mercury mempunyai skrin 4.5″ dengan rekaan menyerupai Passport. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama pula sebesar 18 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Saiz bateri lebih besar 3400 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Masih wujudkah pasaran untuk peranti dengan kekunci fizikal?
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.