Cari @ Amanz

Apple AiPods ialah fon telinga tanpa wayar yang dijual pada harga premium. Malang sekali Apple hanya menghasilkannya dalam warna putih. Ini pastinya tidak cocok dengan iPhone yang tidak berwarna putih. Jangan risau kerana seperti biasa, pasti wujud pihak ketiga yang akan memenuhi keperluan pasaran.

AirPods yang diwarnakan hitam kini dihasilkan oleh syarikat BlackPods. Proses tiga langkah yang digunakan oleh mereka memberikan kemasan hitam kepada fon telinga tanpa wayar ini. Sepasang BlackPods dijual pada harga  $249 (~RM 1103). Ini adalah lebih mahal berbanding  harga asal $159. Kepada pemilik AirPods sedia ada, mereka turut menawarkan khidmat mengubah warna AirPods dengan bayaran $99 (~RM 438). Bagi mereka yang mementingkan padanan warna, ini sahaja pilihan di pasaran buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd