Dropbox Paper – Aplikasi Mengambil Nota Dan Kolaborasi, Kini Ditawarkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Jan 31, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak 2015 yang lepas, Dropbox telah memperkenalkan sebuah aplikasi seumpama Google Docs, iaitu membolehkan para pengguna mengambil nota dan berkolaborasi antara satu sama lain, dinamakan Paper. Ketika pengenalan, ia sekadar ditawarkan kepada sejumlah pengguna dalam bentuk beta sahaja. Selepas diuji lebih setahun, hari ini Dropbox memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Dropbox Paper

Aplikasi berasaskan web, selain turut ditawarkan melalui peranti mudah-alih ini lebih memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan juga pasukan yang sedia menggunakan Dropbox untuk perkongsian pelbagai fail. Melalui Paper, anda boleh membangunkan atau berkongsi sebuah dokumen bersama rakan sekerja lain. Disamping hanya membuat dokumen biasa, pengguna turut boleh hadir dengan dokumen untuk dibentangkan dan sebagainya.

Seperti biasa, arena ini sedia mempunyai persaingan yang sedikit sengit – apatah lagi dengan Microsoft dengan Office 365, Google dengan G Suite, selain sejumlah perisian dan aplikasi daripada pembangun lain. Walaubagaimanapun, seperti biasa, ramai yang selesa dengan penawaran Dropbox, dan mungkin Paper dapat membantu mereka. Bagi anda yang mempunyai akaun Dropbox, boleh melayari laman Dropbox Paper dan mengujinya sendiri hari ini.

Layari : Dropbox Paper

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami